Thursday 8 December 2011

Wahai kaum hawa, janganlah bersedih :)

kenapa semua yang dia nak dia dapat?
kenapa dia cantik sangat sangat?
bestnya kalau jadi macam dia kan?

"Hati kita tertanya tanya kenapa dan mengapa"

Be yourself, be original, then you'll happy :)



    Hidup di dunia ini sungguh menguji kekuatan kita yang sebenarnya. kadang kadang bila kita tengok orang yang dapat lebih sikit dari kita, cantik sikit dari kita, mesti kita akan rasa down atau sedih or what right? yang sebenarnya kita semua cantik. kita semua berhak dapat apa yang kita nak. tapi kita kena usaha dan berdoa, tuhan itu maha adil sebenarnya. kecantikan seseorang juga adalah berbeza, tak semuanya sama sayang. bila tengok perempuan yang cantik tetapi hatinya kusam. adakah itu juga dinamakan cantik? 

"Cantik itu bila hati seorang perempuan begitu suci sesuci kapas"

   Itu baru dinamakan cantik. wahai kaum hawa, jangan pernah fikir yang kamu tidak secantik mereka. sebaliknya nilai kecantikan yang ada pada diri korang? cantik itu tak semestinya hanya luaran, ianya juga dari hati yang ikhlas ;)


Kita nak kasut dia tu, nak jugak nak jugak, hewhewhew :p









Monday 5 December 2011

Aku silap, mungkin.




   Setiap manusia dikurniakan perasaan sayang dalam diri masing masing kan? 
Tuhan beri rasa itu, Aku kini juga turut merasai itu. yes, aku dah mula sayang 
seseorang ini, tapi sayang yang aku rasa ni, kadang2 seakan akan menyakitkan aku.
Maybe perasaan aku dengan dia, lain. Lain sangat, mungkin? Aku nampak itu hati 
aku seolah olah memahami apa yang dia cuba sampaikan dari apa yang dia 
cuba ungkapkan.


  Tapi#
Sampai bila dia nak uji aku?
Sampai aku benci dia?
Atau dia memang tiada perasaan itu untuk aku.
Aku mahu tahu itu.
Hanya itu.

Nota hati : Tuhan, aku mohon agar kau tarik balik perasaan ini, aku tak sekuat itu :(

Sunday 4 December 2011

Segalanya berakhir.


Awak,
dulu memang hati saya pudar untuk bercinta,
dulu saya tidak punyai perasaan itu, cinta itu,
dulu saya benci akan namanya cinta,
memang saya benci, amat sangat.
hati saya mati.


Sekarang, 
hati saya sudah terbuka untuk awak,
hati yang dulunya mati ini seakan,
sudah kembali hidup kembali.
inilah saatnya. 


Tapi,
disaat ianya sudah terungkap sendiri,
awak pula ragu akan jiwa sendiri,
saya seakan tertanya mengapa
mungkin awak menganggap saya
sekadar bebanan awak semata.


Ya Tuhan,
jika sudah tertulis dia memang
bukan untuk sanubariku ini,
lenyapkanlah perasaan ini,
biarlah ianya lenyap di mata dunia.


Saturday 3 December 2011

Its life baby.

manusia kini  terlampau pandai untuk menilai seseorang,
mereka cukup pandai, bahkan hanya dengan mata kasar,
mereka sudah cukup untuk menilai seseorang. adilkah?
jika menilai sesuatu yang baik alangkah baiknya. 

Tapi?

yang baiknya hanya sedikit, sungguh jarang sekali.
bayangkan jika mereka menilai kamu dengan sesuatu
amat yang teruk. sudah tentu sakit hati bukan?
begitu lah perasaan mereka juga sayang.



Lihatlah, jangan sangka dengan tersenyum begini aku gembira, belum tentu.



Friday 2 December 2011

Awesome.


Nampak tak semua kasut tu?

satu je nama aku nak bagi title

untuk semua kasut tu

"awesome"

Alangkah gembiranya rasa hati

kalau dapat semua tu bhai.

Yes, aku peminat flat shoes.

oh heels? tak main ah, hihi

dear mama, belikan kasut baru boleh? :(



Wednesday 30 November 2011

sembuhkan hati ini.

     Kadang kadang aku tidak tahu dan tidak faham hati ini mahukan apa? wahai hati apa yang kau mahu sebenarnya? entah apa yang aku rasa sekarang aku rasa sunyi. yes aku rasa sunyi, kadang kadang aku inginkan seseorang yang boleh membuat hati kecil ini tersenyum, tertawa, tergelak kembali.

    Lumrah kehidupan, semua orang mahu disayangi kan? walaupun aku ada kawan kawan, keluarga, or siapa siapa yang dekat dengan aku. tapi dalam masa yang sama aku betul betul rasa ingin disayangi. dalam kata lain seseorang yang sangat ambil berat tentang diri aku. semua benda aku boleh kongsi dengan dia. dan dia adalah seseorang yang " istimewa bagi aku". 
 
   Tapi hati ini seolah seolah macam tidak membenarkan siapa siapa yang masuk dalam hati aku. sedangkan ramai yang cuba ingin rapat dengan aku. semuanya aku rasa macam tidak kena. mungkin aku masih dibayangi memori silam aku yang telah membuatkan hati aku mati suatu ketika dahulu. seterusnya aku hanya mampu serahkan pada tuhan yang menulis segalanya jalan cerita untukku selepas ini, satu yang aku mohon. pulihkan hati ini setelah sekian lama ianya mati, amin.

aku teringin ingin melihat permandangan ini dengan orang yang aku sayang nanti.




    

Tuesday 29 November 2011

Kau dah lain sekarang.


Malam ni aku rasa sayu sangat

kenapa? 

sebab "kau"

yes kau.

memang kau.

Aku rasa kau dah lain sekarang. 

atau aku yang salah? 

tapi hati aku tak pernah salah. 

tak pernah.

kita dah jarang text kan?

perasan tak?

aku rindu nak gaduh dengan kau, nak merajuk dengan kau, 

nak cari pasal dengan kau, nak kenakan kau.

apa yang aku benci kau tak pernah 

cakap ya

semuanya tak.

Sekarang semua itu takda lagi. 

"Mungkin kau busy barangkali"

hmm nevermind.

aku cuba tenangkan hati aku dengan itu.

p/s : I miss my bestfriend :(