Wednesday, 30 November 2011

sembuhkan hati ini.

     Kadang kadang aku tidak tahu dan tidak faham hati ini mahukan apa? wahai hati apa yang kau mahu sebenarnya? entah apa yang aku rasa sekarang aku rasa sunyi. yes aku rasa sunyi, kadang kadang aku inginkan seseorang yang boleh membuat hati kecil ini tersenyum, tertawa, tergelak kembali.

    Lumrah kehidupan, semua orang mahu disayangi kan? walaupun aku ada kawan kawan, keluarga, or siapa siapa yang dekat dengan aku. tapi dalam masa yang sama aku betul betul rasa ingin disayangi. dalam kata lain seseorang yang sangat ambil berat tentang diri aku. semua benda aku boleh kongsi dengan dia. dan dia adalah seseorang yang " istimewa bagi aku". 
 
   Tapi hati ini seolah seolah macam tidak membenarkan siapa siapa yang masuk dalam hati aku. sedangkan ramai yang cuba ingin rapat dengan aku. semuanya aku rasa macam tidak kena. mungkin aku masih dibayangi memori silam aku yang telah membuatkan hati aku mati suatu ketika dahulu. seterusnya aku hanya mampu serahkan pada tuhan yang menulis segalanya jalan cerita untukku selepas ini, satu yang aku mohon. pulihkan hati ini setelah sekian lama ianya mati, amin.

aku teringin ingin melihat permandangan ini dengan orang yang aku sayang nanti.




    

Tuesday, 29 November 2011

Kau dah lain sekarang.


Malam ni aku rasa sayu sangat

kenapa? 

sebab "kau"

yes kau.

memang kau.

Aku rasa kau dah lain sekarang. 

atau aku yang salah? 

tapi hati aku tak pernah salah. 

tak pernah.

kita dah jarang text kan?

perasan tak?

aku rindu nak gaduh dengan kau, nak merajuk dengan kau, 

nak cari pasal dengan kau, nak kenakan kau.

apa yang aku benci kau tak pernah 

cakap ya

semuanya tak.

Sekarang semua itu takda lagi. 

"Mungkin kau busy barangkali"

hmm nevermind.

aku cuba tenangkan hati aku dengan itu.

p/s : I miss my bestfriend :(



Monday, 28 November 2011

This feeling


aku pelik dengan perasaan aku sekarang, aku rasa macam ragu ragu. sayang? 

memang aku sayang. 

cinta? itu aku rasa takda,  memang takda. 

aku juga bukan tidak sudi tapi aku takut. 

aku takut jika aku "terluka" lagi. 

memang semuanya manis belaka ketika ini. 

semuanya manis. tapi maaf hati aku belum 

cukup manis untuk menerimanya.

satu yang aku pasti,

aku memang sayang kau :)

Thursday, 24 November 2011

Hello semester 4



   Berakhir sudah sem tiga aku, begitu banyak kenangan sem ini, banyak sangat. tapi aku akui sem ni aku banyak main main. bila ada test or quiz baru berkejar kejar nak study balik. ah begitu lah manusia, hidup nak senang je.  masa final tu baru aku sedar, final hari tu aku cuba sebaik mungkin. aku usaha aku melukis aku menghafal yaa semua aku lakukan.


tapi


aku takut sangat nak tahu result aku nnti macamna. btw semuanya dah habis, n hello for semester 4 yeah !!


hello untuk finance 
hello untuk dugaan 
hello untuk study 
hello untuk kuat 
hello untuk lapar
hello untuk bofriend, maybe?


We'll meet in sem 4 nnti, InsyaAllah. 

Wednesday, 23 November 2011

Kerinduan

 
   Petang yang mendung ini seolah olah mengambarkan apa yang aku rasa sekarang ini.


#10 minit kemudian


lagu mr saxobeat yang aku jadikan message tone kedengaran.


#one text message received


aku seperti tahu dari siapakah text itu, dan naluri hati aku benar.


      dia : kau rindu aku tak nanti?
      aku : entah, tak kot.
      dia : kalau rindu cakap rindu, nantikan terkilan. menyesal.
      aku : aku hanya membalas dengan senyuman.


senyuman itu ada jawapannya, pergilah, kau cari la sendiri.


Hati aku ingin kesini, aku mahukan ketenangan.

Tuesday, 22 November 2011

Lastly



  Hari ini, ketika ini, waktu ini aku rasa macam dah lega dan rasa macam nak lompat lompat tak henti henti. nak tahu apa sebabnya aku gembira sebegitu rupa? yaaa sebab final aku sudah kian habis, nah itu sebabnya. wahai buku buku, nota nota, contengan kertas kertas yang telah aku tulis ketika aku otakku mula berserabut. kau semua sudah bebas dari aku, bebas. 
  
 #Tiba tiba


 " jangan nak bebas sangat lah iera, sem depan makin bertimbun timbun kami datang dan temani kau" luahan semua jenis buku itu. itulah aku mula fikir ini bukan lagi kebebasan yang aku mahukan. perjalanan hidup aku masih jauh. jauh sangat. tapi aku tahu aku kuat. Tuhan sayang kan orang yang kuat ni? 


  bila dipikirkan balik, aku akan rindu nanti semua ini. aku rindu kawan kawan yang pernah susah senang dengan aku, yang penah kesat airmata aku, berkongsi makanan dengan aku. gelak tawa mereka. Ah aku ini bukan dah tak boleh jumpa mereka nanti. jgn manja sangat la wei. Tapi aku tetap rindu. 


  Yaaa ini dari hati, aku akan rindu. 


    

Saturday, 19 November 2011

rasa penat.


PENAT

itulah yang aku rasa sekarang ini, aku penat nak layan perasaan aku sendiri. aku penat nak memenuhi kehendak aku sendiri. apa yang aku tahu aku hanya inginkan sesuatu benda yang dapat melenyapkan perasaan benci, marah, geram, sedih ini. sampai suatu masa aku sendiri penat dengan terus menunggu semua itu. maybe memang semua itu aku tak pernah dapat. atau mungkin ianya akan datang lepas aku jatuh nanti. yaaa aku penat melihat kebahagiaan orang lain? masing masing duk "aku happy la hari ni", " wey jom kuar enjoy doh" masing masing kelihatan happy je dari luaran. atau mungkin mereka sama dengan aku? di luar punya la happy gelak sana sini. tapi kat dalam hati ni. ergghhhh pedih, pedih sangat. tapi gelak tawa mereka la yang membangkitkan semangat aku yang kian luntur ini.

mungkin kata kata ini betul " kita akan bahagia bila tengok orang yang kita sayang bahagia"

    ini adalah penawarnya, aku tersenyum melihat kebahagiaan insan insan yang aku sayang dalam hidup ini. walaupun dalam hati ini penat. dan kadang kadang ada sedikit rasa cemburu, ah aku paksa diri aku untuk lupakan semua itu dan melihat pada senyuman dan gelak tawa mereka. gelak tawa mereka seolah seolah memanggil aku untuk ceria kembali.

aku akan rindu gelak tawa ini nanti.




              





Friday, 18 November 2011

Teman hati

                           
                                      " Hey you, ada blog tak? Follow me okay" 




Masing masing sibuk bertanyakan saya soalan macam tu, saya dengan selambernya cakap la takde blalablabla. niat dihati sudah lama saya ingin membuat blog ini. tapi macam complicated je, ah biasa lah manusia. complicated sikit je malas nak usaha. but now saya dah ada blog saya sendiri, apa gelak gelak. diam lah. jangan la gelak, aippp jangan! kita baru nak belajar belajar ni, Takmau ah kawan. tapi saya rasa happy sebab saya dah ada blog saya sendiri that's mean saya boleh merepek apa yang saya kat dalam ni, lepas ni dh takde dah orang yang suka membebel macam saya ni. sebab apa? sebab blog ni lah tempat saya membebel nanti. thanks pada ijan sayang yang ajar me how to use this blog. but its look simple right? Actually memang jenis saya yang suka pada benda yang simple, yes its me.
then blog ini dengan rasminya menjadi "teman hati" di sudut ruangan ini, ceewahhh.




Dear blog, please be nice with me. 





saya suka senyum nampak gigi. bahagia la katakan. maklumlah kita baru ada blog, alamak ada blog pun nak kecoh kecoh minah ni, eh lu pehal? sukahati wa la, gangster doh aku.